Rabu, Julai 29, 2009

Terkonang..

Uci: Jangen memanjek yo kilen! Pokok to dah ghopoik. M'e sekah dahen pokok to, jatuoh kilen kaghang, meghosei!!
Cucu-cucu tak peduli. Terus memanjat pokok yang dikatakan telah reput. Tiba-tiba dahan pokok itu patah, maka jatuh lah cucu-cucu tersebut, lalu menangis.
Uci: Bapo katoko! Indo ondak mendonga pulo!
Rasanya mesti ramai anak2 Rao kampung biasa mendengar ayat-ayat leteran mcm ni, apatah lagi yang nakal-nakal mcm aku. Terkenang pulak aku masa kecik2 dulu. Kecik-kecik dulu memang la nakal. Tak sah kalau tak kena marah, baik dek omak ataupun uci. Kalau pegi bermain tu, tak gheti-gheti balik awal. Dah nak masuk maghrib baru la nampak batang hidung. Selagi tak dengar suara omak menjerit, memanggil nama aku, selagi tu la tak balik rumah. Bila dah sampai kat rumah tu, biasa lahhh.. memang sah kena la leter.
Omak: Kemano yo tang melalak? Dah sonjo baghu balik. Ayom pun dah masuk ghoben. Poi mandi lokeh!
~ Betapa aku merindui waktu dulu-dulu, zaman kanak-kanak di kampung..

4 ulasan:

Syah berkata...

Eehh eiiii..

Banyak bonar la belog ekau niiii..

Mano satu nak den nengok kan haaa

Lady Libra berkata...

haha.. syah.. baca je sumer.. :D

Johor Antique Strores berkata...

sis,
permission to link

tq

Ayid berkata...

Orang Rao memang banyak betutur. Ynag betino apo ti lai. suko bercakap menjorek-jorek