Isnin, Julai 27, 2009

Seminar Melayu Rao- UPSI, 25 Julai 2009

Actually aku came across this blog secara tak sengaja, bila terbaca satu komen kat one of my entries di blog ni. Dalam blog tu pulak ada link lain ke blog lagi satu ni. So, bila aku baca, dapat tau la 1 seminar mengenai Melayu Rao Malaysia akan diadakan pada 25 Julai 2009. Tiba-tiba rasa berminat pulak nak pergi. Yang membuatkan aku bersemangat nak attend the seminar ialah perasaan ingin tahu mengenai asal-asal dan sejarah orang Rao ni. Aku pun ambik contact number the person incharged, i.e setiausaha Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) and terus contact org tu. Tanye pasal mcm mana nak attend the seminar, how to become a member of JARO dan macam-macam lagi. Bila dah dapat info2 yang berkenaan, aku pun isi lah membership form (hubby aku pun aku masukkan gak jadi member walaupun dia org Kelantan.. heh heh)and post kepada setiausaha persatuan tu. After a few days, we received the invitation card to the seminar. Aku mmg look fwd utk attend seminar ni and mmg excited sgt. And yang buatkan tambah semangat lagi, hubby aku pun turut sama berminat dan menyokong.

On 25th July 2009, dengan bersemangatnye kitorg pergi seminar tu. Anak2, kitorang tinggalkan kat nursery. Ingatkan nak kuar pagi-pagi bute, lps subuh.. Tapi maklumlah, bila dah dengan anak2 kecik ni, ssh sikit la.. So, kuar rmh pun around 7.30am. Travel about sejam lebih sikit, sampailah ke UPSI. Bila sampai je, tengok org dah ramai. But, nasib baik kitorang still tak terlambat. Sampai2 je kat registration counter, kedengaran lah org2 rawa ni speaking.. mcm balik kampung pulak rasanye. Tambah semangat aku!!.. :D Lepas register, aku n hubby nak pg bfast. Aku tengok keliling.. eh! macam kenal la makcik ni.. la!! Tapi nama diaaa... ehmm.. adoii!! apa ek? Aku tau.. aku tau nama dia.. tapiii.. adoii!! apasal tak leh ingat nih!! Makcik ni satu kampung dgn makcik aku. Anyway aku tegur gak..
Aku: Ciek (singkatan untuk 'makcik').. Ado nyo siko.. (sambil bersalam) (ada nye kat sini?)
Makcik: Ha'ah.. ado.. (ha'ah.. ada)
Aku: Dongen sapo datang? Naik bas ko? (Datang dgn siapa? Naik bas ke?)
Makcik: Ha'ah
Aku: Dari Kungsi (nama kampung makcik tu) ghamei ko? Uwo Nona ado? ('Uwo Nona' ialah makcik aku) (dari Kungsi ramai ke? Uwo Nona ada?)
Makcik: Tadak sesapo dari kungsi ndoh.. Dari Kampung Pulei ghamei la. Nona indo datang ndoh.. indo tolok.. (tak de sesiapa dari Kungsi. Dari Kampung Pulai ramai la. Nona tak datang. Tak larat)
Aku: Ako nak poei maken ko.. Udah maken? (Aku nak pegi makan ni. Dah makan?)
Makcik: Haa.. poei lah.. maciek udah.. (Haa.. pegilah.. makcik sudah)
So, aku pun pegi bf, sambil terus tertanye2 sapa laaa nama makcik tadi tu.. Nak tanye sape ek?? Takpe lah.. nanti call la kak cik or kak ngah (my elder sisters). Lepas makan, kami masuk ke hall. On the way nak ke hall tu, sempat gak la aku grab a few books - Sekondak hati & Rao di Sana Sini. And then kitorang terus masuk ke dewan.

Seminar ni di rasmikan oleh Y.Bhg Tun Dr. Ahmad Sarji. Topik2 yang dibincangkan memang menarik. Kat dalam dewan, aku teringat nak call Kak Ngah. Cerita kat dia serba sedikit psl seminar and at the same aku describe kat dia makcik yang kau jumpa tadi n tanye nama makcik tu kat Kak Ngah. "Makcik Yon.." Kata Kak Ngah.. Yess!!! Makcik Yon!! ok.. aku puas hati coz dah tau nama makcik tu. Aku mention gak kat Kak Ngah, aku ada gak nampak kawan dia kat seminar ni. Aku ingat sgt nama kawan dia tu. Kak Maznah, org Gunung Mesah Hilir.. :D..
Masa break, aku kuar sekejap nak pg jumpa kakak yang di registration counter untuk amik receipt, coz masa register tadi, dia tak dpt bg receipt, dia srh amik kemudian. Bila kat registration counter, ada org pulak tgh jumpa kakak tu. So, aku tunggu. Sambil aku tengok gak la kakak tu. Eh!! macam kenal la pulak kakak nih!!! Tadi masa register tak perasan.. Lepas dia setel dengan org tu, aku pun tanye.. "Iko Kak Mayon ko??" Dia pun senyum.. "Iyo.." katanye.. Aku pun perkenalkan diri aku. Sebab aku tau, Kak Mayon ni mmg tak kan kenal aku nye, coz dia ni generasi2 kakak2 aku. Sekejap tu jgk aku call Kak Ngah lagi sekali.
Aku: Ngah..
K. Ngah: Ha.. ngapo? (ha.. mengapa?)
Aku: Kak Mayon ado kek siko Ngah. Dio yang kek registration counter ko.. (Kak Mayon ada kat sini Ngah. Dia yang dekat registration counter ni..)
K.Ngah: Oooo!! Iyo ko?? (K. Ngah kedengaran agak excited) (ooo.. iye ke?)
Aku: Nak cakop ko dongen dio? (nak cakap ke dengan dia?)
K.Ngah: Haaa.. Buleh yo.. (Boleh jugak)
So, aku pun bagi handphone tu kat Kak Mayon.. Lama gak diorang bersembang. Dah habis sembang, Kak Mayon bagi blk hphone tu kat aku.
"Dio nak jadi member katonyo. Nanti kao bagi form ko kek dio yo.." (Dia nak jadi member katanya. Nanti kau bagi form ni kat dia ya) Kata Kak Mayon sambil menyerahkan membership form kat aku. After setel sumer, aku pun masuk blk ke dlm dwn. But before masuk tu, aku sempat pulak beli 2 helai T-Shirt, 2 Car Sticker (semangat nih!!), CD Rao and 1 lagi buku - Puisi Rao. Puas hati, aku masuk blk dlm dewan.
After that, lunch break. Masa lunch tu, aku sempat menegur sorang kakak yg memang aku dah perati dari tadi. Aku penah kerja 1 ofis dengan kakak ni dulu masa kat Ipoh. Kak Norma, one of the urusetia. Tapi tak sempat sembang lama coz nak lunch. Lepas lunch, kitorang masuk balik ke dewan, sempat gak grab lg 1 buku - Tuanku Rao. And then, masuk dewan, sambung dgr talk yang seterusnye. After that, kitorang balik.. tak leh balik lambat sangat, nak amik anak2 di nursery.
Pada pendapat aku, seminar mcm ni memang patut diadakan. Tapi apa yang quite frustrating ialah masa yang amat singkat dan byk perkara2 mengenai asal-usul dan sejarah Rao tak di 'elaborate'kan. Asal-usul adat 'berjojak' pun tak dibangkit dan dibincangkan. But anyway, seminar ni berjaya. A few facts yang aku dapat daripada seminar ni:

1) Memang confirm lah org Rao ni keturunan raja. All the while, aku tau Rao ni keturunan raja. Tapi tak berapa nak confirm. Aku 50-50 antara facts dan mitos. So, now baru confirm.
2) Ramai orang2 terkenal berketurunan Rao. 'Anjang Aki' pun rupenye keturunan Rao.. Sahara Yacob rupa2nye berketurunan Rao jugak..
3) Mat Kilau rupa-rupanye berketurunan Rao. Menurut hubby aku, keturunan dia pun dari keturunan Mat Kilau.. If like that... hubby aku pun berketurunan Rao gak laaa.. hhhmm (???)

Kat bwh ni antara a few photos yg sempat aku snap kat seminar..

Tun Dr. Ahmad Sarji semasa menyampaikan ucaptama dan perasmian majlis dengan memukul kerantung..

Choir menyanyikan lagu 'Sekondak Hati'

Me!!... Heh heh!! sempat posing atas stage..




Sekitar luar dewan. Kelihatan hubby (baju petak) tengah meninjau2 gambar.. :D


Antara benda2 yg dipamerkan. Gambar perkampungan Rao dan jugak salasilah keturunan Rao


Adat 'Berjojak' yang family aku still amalkan. Nurin n Akeef dah setel.. Tunggu Muqri je nanti nih.. Nak jemput TV1 or TV3 tak?? heh heh..

Peta Rao



"Cumo Onom Bole'h Sang.." hahaha.. (Cuma enam belas sahaja)

Barang2 ni antara barang2 yang biasa aku tgk di rumah arwah emak, dan mayb org lain pun biasa tengok.. Tapi aku snap gambar ni coz ada namanye dlm bahasa Rao..

Inilah dia 'Gelamai' - Kuih kebanggaan orang Rao. Actually, Gelamai yang dijual ni, datangnye dari area kampung aku - Gunung Panjang.. (Longmount!! Macam penah dgr tak?? :P)


And.. Inilah dia buku2 yang aku beli di seminar tersebut. Yg warna biru tu, beg n Tag warna pink tu tertulis "Melayu Rao Selangor"..


Akhir sekali... Inilah dia sijil yang aku dapat masa seminar tu..

Hhhmmm.... Bangganye aku jadi Anak Rao..

Tiada ulasan: