Khamis, September 06, 2007

Mari Belajar Dialek Rawa - Lesson 1

Actually, aku ni bukanla pakar or expertise in Bahasa Rawa ni. So, aku mintak maaflah awal-awal sekiranya terdapat kesalahan di mana-mana. Walaubagaimanapun, sebagai anak Rawa, aku bangga dengan bahasa atau dialek Rawa ni. Walaupun kaum Rawa ni hanya kaum minoriti di Malaysia ni, tapi tetap ada keunikannya yang tersendiri. Secara basicnya, dialek Rawa ni, ada sikit-sikit persamaan dengan dialek 'nogori' dan Minang, maybe disebabkan mereka serumpun, iaitu berasal dari Pagaruyung, Sumatera Barat.
Dalam 1st lesson ni, aku just nak bagitau basic je, dan bagitau beberapa perkataan yang senang.
  1. Iko (bunyi 'o' tu as in 'door') = Ini
  2. Ito (bunyi 'o' as in 'show') = Itu
  3. Siko (bunyi 'o' spt di atas) = Sini
  4. Sinun = Sana
  5. Sito (bunyi 'o' spt di atas) = Situ
  6. Godang/Bosar (bunyi 'o' as in 'door') = Besar
  7. Poi/Pogi = Pergi
  8. Saya - dalam bahasa rawa, takde perkataan saya. Dia guna perkataan 'aku'. Tapi huruf 'u' dalam word ni, ditukar kepada 'o'. Jadi bunyinya 'ako', yang bunyi 'o' nya spt dlm perkataan 'o'rang atau r'o'ti.
  9. Di sesetengah tempat, huruf 'R' ditukar kepada 'GH' seperti 'rajin' akan jadi 'ghajin'.
  10. Setiap word yang ada 'a' di depan dan di belakang, huruf 'a' di belakang akan ditukar kepada 'o'. Contohnya 'gaya' akan jadi 'gayo'. 'mata' akan jadi 'mato', dan begitulah juga untuk perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya, di mana, bunyi 'o'nya sama spt 'ako' tadi.
  11. Setiap word yang berakhir dengan 'at', akan ditukar kepada 'ek'. Contohnya, 'dapat' akan jadi 'dapek', 'rapat' akan jadi 'ghapek' dsbnya.
  12. Words yang mempunyai vowel 'e' di dpn dan 'at' di blkg spt dekat, cepat, sempat, empat dsbnya, vowel 'e' akan ditukar kpd 'o' yg bunyi 'o' nya as in 'door' dan 'at' akan ditukar kpd 'ek'. Jadi, dekat akan jadi 'dokek', cepat akan jadi 'copek', sempat akan jadi 'sompek' empat akan jadi 'ompek' dan seterusnya.
  13. Setiap word yang mempunyai vowel 'e' di dpn dan vowel 'a' di blkg spt belah, celah, dsbnya, ia akan menjadi vowel 'e' akan ditukar kepada 'o' yg bunyi 'o' nya as in 'door'. Jadi ia akan menjadi 'bolah', 'colah' dan seterusnya. Akan tetapi this does not apply kpd words yang mempunyai 'an' dan 'am' di belakangnya.
  14. Bagi words yang mempunyai vowel 'e' di depan dan 'an' di belakang, seperti tekan, pekan, dsbnya, ia akan jadi 'token', 'poken' (bunyi 'o' spt di atas) di mana huruf 'an' ditukar kepada 'en' yang bunyinya as in 'ten'.
  15. Words yang mempunyai vowel 'e' di depan dan 'am' di blkg, spt selam, kelam, dsbnya, bunyinya akan jd 'solom', 'kolom' di mana bunyi 'o'nya as in 'door'.
  16. Words yang mempunyai 'vowel 'a' di depan dan 'an' atau 'am' di belakang, spt malam dan makan dan words yang sewaktu dengan mereka, vowel 'a'nya akan dikekalkan. Manakala 'an' dan 'am' akan ditukar kepada 'en' dan 'om' spt di atas. Jadi, words tu akan jadi 'maken' dan 'malom'.
  17. Words seperti kedai, semai dsbnya, 'e' akan ditukar kepada 'o' sama spt perkataan-perkataan di atas dan 'ai' akan ditukar kepada 'ei'. So, words tu akan jadi 'kodei', 'somei' dsbnya.
  18. Words yang mempunyai 'ap' di belakangnya akan jadi 'op' spt words silap, gelap, malap dsbnya, akan jadi 'silop', 'golop', 'malop' yang mana bunyi 'o'nya sama seperti words di atas.

Fuh!! panjang sungguh.. Rasanya enough for this time. Kita sambung lagi in the next lesson. Selamat bercakap dialek Rawa.. haha..

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KIRO AKU TABIEK ADO ANAK RAO YANG INGIN BERUSAHA UNTUK MEMBUET KAMUS KHAS BAHASO RAO.

TORUIH KAN USAHA KAU TU INSYAALLAH KAMI SIKO AKEN MEMBANTU.

Hidup Berani Untuk Gagal berkata...

terima kasih,
saya org rao jgk.. tapi cumer faham org cakap jer.. nk ckp blk tak reti.. dgn adernyer blog nih.. boleh la saya praktikkan bahasa rao nih..

rao manjung berkata...

"iduik rao"...men mengaku rao, mesti pandei cakop rao, men indonyo, malu thei awak ko 'cikgu jimah'. Tabik pado tuen tanah.

Tanpa Nama berkata...

idoek Rao

Tanpa Nama berkata...

ondaik

Tanpa Nama berkata...

akak org rawa perak ke phg? =] heee

Tanpa Nama berkata...

Awak indo ken pandei mcm kilen nak speking rawo...tapi teh awk cubo..perkataan paling awak suko ...ondekkkkk.....

Tanpa Nama berkata...

Urang rao dari pagaruyuang

shahidan berkata...

baguih la ko rawa susah nak jumpo